Thursday, 12 June 2014


Patent Specification

Application for intellectual property (IP) protection such as patent, industrial design and trademark is important to secure the rights of the IP owner. Certificate of IP ownership issued by the patent office is a recognition by the government to allow the owner to enforce their exclusive rights.

In Malaysia, registration of IP can be made at MyIPO. The application should be accompanied by relevant documents, forms and fees are paid accordingly. Unlike industrial design and trademark, the documents for patent application requires a lot more paperwork. One of the document that an applicant should prepare is patent specification. In a patent specification, there are generally four main parts; description, claims, drawings and abstract.

Description
The first part is the description of the invention. Description usually contains several sections such as title, field of invention, background of invention, summary of invention brief description of the drawings (if any) and detail description of the invention. It must contains sufficient disclosure of the invention. Insufficient disclosure may result in the application being recommended for refusal by patent examiner.

Claims
Claims are the most important aspect of the specification as these will determine the scope of protection for the invention. There are several types of claims such as product claim, method/process claim, apparatus claim and use claim. Each type has its own format of writings which can be very complicated to draft. Claims that are draft incorrectly may cause the patent owner to have inadequate scope of protection resulting others to take advantage of the patented invention. The claims also should be supported by the description and should not refer to the drawings.

Drawings
The drawings or figures are usually included with the patent specification for better understanding of the claimed invention. Patent drawings are simpler that technical drawings but also has its own formatting. Besides the drawings of the invention or its parts, flowchart is also considered as drawings.

Abstract
The last part of the patent specification is the abstract. It is basically a brief summary of the entire specification.

The patent specification and the application procedures must comply with the requirements of Patent Act and Regulations before being granted.

Tuesday, 10 June 2014



Rekabentuk Perindustrian
Perlindungan rekabentuk perindustrian adalah untuk aspek atau hiasan estetik sesuatu barang. Rekabentuk bentuk boleh terdiri daripada ciri-ciri tiga dimensi (3D) sesuatu barang seperti bentuk dan tatarajah (configuration) sesuatu barang atau ciri-ciri dua dimensi seperti corak dan hiasan.

Di Malaysia, perlindungan rekabentuk perindustrian adalah bermula untuk 5 tahun daripada tarikh pemfailan dan boleh disambung untuk setiap 5 tahun sebanyak 4 kali berturut-turut. Tempoh maksima perlindungan ialah selama 25 tahun.

Kebanyakan pihak yang biasanya menggunakan perlindungan rekabentuk perindustrian untuk barangan mereka ialah daripada industri kejuruteraan. Namun, terdapat banyak jenis perusahaan lain di Malaysia yang boleh memanfaatkan perlindungan ini. Antaranya ialah industri fesyen yang semakin berkembang pesat di Malaysia. Satu contoh terkini ialah kes pemilik tudung Fareeda mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang menjual tudung tiruan yang menyerupai rekaan tudung milik Fareeda. Ini menunjukkan bahawa melindungi hasil idea rekabentuk dapat memastikan hak harta intelek pemilik tersebut. Selain itu, kes antara Apple dan Samsung juga merupakan antara kes-kes yang terkenal. Pertikaian antara kedua-kedua pihak ini melibatkan gantirugi berjuta-juta dolar.


(Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Design_patent)


Permohonan perlindungan di Malaysia
Perlindungan rekabentuk perindustrian boleh difailkan di MyIPO yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur atau di mana cawangan-cawangan lain. Permohonan boleh dibuat oleh pemilik rekabentuk atau menggunakan perkhidmatan ejen. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

1. Pemohon perlu melengkapkan ID Borang 1 dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

2. Satu salinan gambaran barang yang padanya rekabentuk digunakan (lukisan-lukisan atau gambar foto).

3. Pernyataan kebaharuan (statement of novelty) berkenaan rekabentuk yang mengunakan rekabentuk perindustrian yang dipohon.

4. Pembayaran penuh fi permohonan.


Monday, 9 June 2014


Lindungi Rekacipta Anda


Bagaimana sesuatu rekacipta dilindungi?
Di Malaysia, terdapat dua cara bagaimana sesuatu rekacipta dapat dilindungi. Salah satunya ialah dengan memfailkan permohonan perlindungan paten. Selain itu, rekacipta yang hanya melibatkan rekabentuk luaran sama ada 2 dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) boleh dilindungi melalui perlindungan rekabentuk perindustrian. 

Perbezaan di antara kedua-dua sistem tersebut ialah tahap perlindungan yang lebih luas untuk paten berbanding rekabentuk perindustrian. Perlindungan dalam sistem paten adalah lebih luas kerana ia berdasarkan penulisan tuntutan yang dibuat di dalam spesifikasi paten. Manakala perlindungan untuk rekabentuk perindustrian adalah terhad seperti di dalam gambarajah yang difailkan bersama permohonan. Artikel kali ini hanya akan menyentuh berkenaan sistem paten.



Paten

Paten merupakan hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik paten untuk sesuatu rekacipta. Ia membolehkan pemilik paten untuk menghalang orang lain daripada menghasilkan, mengimport, menjual dan menggunakan paten tersebut. Pemilik paten boleh merupakan perekacipta paten itu sendiri atau sebuah entiti (syarikat, organisasi, institusi dan lain-lain). 

Perlindungan paten adalah bersifat teritorial. Ini bermaksud, pendaftaran paten di Malaysia hanya boleh dikuatkuasakan di Malaysia sahaja. Untuk mendapatkan perlindungan di negara-negara lain, permohonan secara berasingan perlu dibuat.

Sejak kebelakangan ini, kerajaan semakin menggalakkan pendaftaran dan perlindungan harta intelek terutama paten daripada perekacipta tempatan. Bagi institusi-institusi pengajian tinggi awam, terdapat bajet khas untuk pemfailan paten untuk hasil rekacipta oleh penyelidik-penyelidik. Namun untuk perekacipta perseorangan dan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan, mereka perlu menggunakan peruntukan sendiri.


Kos Pemfailan Paten
Berapakah kos pemfailan paten? Badan yang bertanggungjawab dalam pendaftaran harta intelek di Malaysia iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hanya mengenakan yuran permohonan sebanyak RM290 (Borang 1) untuk pemfailan paten. Jika pemilik paten bukannya perekacipta, tambahan RM80 diperlukan untuk Borang 22. Bagi pemohon yang menggunakan khidmat ejen paten, Borang 17 dan yuran RM80 dikenakan.

Salah satu keperluan permohonan paten yang perlu disediakan oleh pemohon ialah spesifikasi paten untuk rekacipta yang dihasilkan. Teknik dan kepakaran khusus diperlukan dalam penyediaan spesifikasi paten kerana ianya akan menentukan tahap perlindungan untuk rekacipta tersebut.

Bagi pemohon yang tiada kemahiran dalam pendrafan spesifikasi paten, khidmat pendraf professional boleh digunakan. Selalunya pendraf paten di Malaysia ialah ejen paten. Ejen paten di Malaysia rata-rata mengenakan kos sekurang-kurangnya RM7000 untuk pendrafan spesifikasi paten. Jika termasuk dengan kos-kos perkhidmatan sampingan yang lain, jumlah keseluruhan kos boleh mencecah RM10000 atau lebih.

Pendrafan Paten
Pemohon paten tempatan boleh memfailkan terus permohonan tanpa perlu menggunakan khidmat ejen paten. Ini dapat mengurangkan kos keseluruhan pemfailan paten untuk sesuatu rekacipta. Masalah utama yang dihadapi oleh perekacipta perseorangan dan IKS tempatan ialah tiadanya kemahiran untuk mendraf spesifikasi paten. Kos yang tinggi yang dikenakan oleh ejen paten untuk pendrafan paten agak munasabah kerana ianya bukan satu tugas yang mudah dilakukan tanpa pengetahuan dalam bidang undang-undang khususnya Akta Paten 1983.

Untuk membantu perekacipta perseorangan dan SME tempatan, kami di Dunia IP menawarkan khidmat pendrafan paten yang dihasilkan oleh pendraf professional yang mempunyai kelayakan Master of Intellectual Property. Kumpulan kami juga mempunyai beberapa penasihat-penasihat teknologi dari pelbagai bidang kejuruteraan, kimia, komputer dan lain-lain yang juga terlibat dalam penghasilan pendrafan paten. Terdapat juga penasihat-penasihat teknologi yang merupakan bekas pegawai pemeriksa paten di MyIPO yang arif tentang selok-belok spefikasi paten dan proses permohonan.

Kos pendrafan adalah bermula daripada hanya RM3000, bergantung kepada bidang dan tahap teknologi. Kualiti pendrafan paten yang ditawarkan adalah setanding jika tidak lebih baik daripada ejen paten dan sangat berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

Borang-borang permohonan untuk pemfailan di MyIPO juga akan diberikan secara percuma jika diminta oleh pemohon. Rundingan secara percuma untuk mendapatkan perlindungan yang optimum untuk paten rekacipta atau harta intelek yang lain juga disediakan (tertakluk kepada syarat-syarat).
 

Hubungi Kami
Jika berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pendrafan paten atau untuk perlindungan harta intelek yang lain, sila hubungi:

Rodzi Alias
H/p : +6011-3639 9589
Email : dunia.ip2u@gmail.com

Perkhidmatan-perkhidmatan lain :
Carian paten (Patent Novelty Search)
Jawapan balas kepada surat bantahan pemeriksaan paten (Reply to Substantive Examination Report)