Rekabentuk Perindustrian
Perlindungan rekabentuk perindustrian adalah untuk aspek atau hiasan estetik sesuatu barang. Rekabentuk bentuk boleh terdiri daripada ciri-ciri tiga dimensi (3D) sesuatu barang seperti bentuk dan tatarajah (configuration) sesuatu barang atau ciri-ciri dua dimensi seperti corak dan hiasan.
Di Malaysia, perlindungan rekabentuk perindustrian adalah bermula untuk 5 tahun daripada tarikh pemfailan dan boleh disambung untuk setiap 5 tahun sebanyak 4 kali berturut-turut. Tempoh maksima perlindungan ialah selama 25 tahun.
Kebanyakan pihak yang biasanya menggunakan perlindungan rekabentuk perindustrian untuk barangan mereka ialah daripada industri kejuruteraan. Namun, terdapat banyak jenis perusahaan lain di Malaysia yang boleh memanfaatkan perlindungan ini. Antaranya ialah industri fesyen yang semakin berkembang pesat di Malaysia. Satu contoh terkini ialah kes pemilik tudung Fareeda mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang menjual tudung tiruan yang menyerupai rekaan tudung milik Fareeda. Ini menunjukkan bahawa melindungi hasil idea rekabentuk dapat memastikan hak harta intelek pemilik tersebut. Selain itu, kes antara Apple dan Samsung juga merupakan antara kes-kes yang terkenal. Pertikaian antara kedua-kedua pihak ini melibatkan gantirugi berjuta-juta dolar.
(Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Design_patent)
Permohonan perlindungan di Malaysia
Perlindungan rekabentuk perindustrian boleh difailkan di MyIPO yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur atau di mana cawangan-cawangan lain. Permohonan boleh dibuat oleh pemilik rekabentuk atau menggunakan perkhidmatan ejen. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
1. Pemohon perlu melengkapkan ID Borang 1 dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
2. Satu salinan gambaran barang yang padanya rekabentuk digunakan (lukisan-lukisan atau gambar foto).
3. Pernyataan kebaharuan (statement of novelty) berkenaan rekabentuk yang mengunakan rekabentuk perindustrian yang dipohon.
4. Pembayaran penuh fi permohonan.
No comments:
Post a Comment