Lindungi Rekacipta Anda
Bagaimana sesuatu rekacipta dilindungi?
Di Malaysia, terdapat dua cara bagaimana sesuatu rekacipta dapat dilindungi. Salah satunya ialah dengan memfailkan permohonan perlindungan paten. Selain itu, rekacipta yang hanya melibatkan rekabentuk luaran sama ada 2 dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) boleh dilindungi melalui perlindungan rekabentuk perindustrian.
Perbezaan di antara kedua-dua sistem tersebut ialah tahap perlindungan yang lebih luas untuk paten berbanding rekabentuk perindustrian. Perlindungan dalam sistem paten adalah lebih luas kerana ia berdasarkan penulisan tuntutan yang dibuat di dalam spesifikasi paten. Manakala perlindungan untuk rekabentuk perindustrian adalah terhad seperti di dalam gambarajah yang difailkan bersama permohonan. Artikel kali ini hanya akan menyentuh berkenaan sistem paten.
Paten merupakan hak eksklusif
yang diberikan kepada pemilik paten untuk sesuatu rekacipta. Ia membolehkan
pemilik paten untuk menghalang orang lain daripada menghasilkan, mengimport,
menjual dan menggunakan paten tersebut. Pemilik paten boleh merupakan
perekacipta paten itu sendiri atau sebuah entiti (syarikat, organisasi, institusi dan
lain-lain).
Perlindungan paten adalah
bersifat teritorial. Ini bermaksud, pendaftaran paten di Malaysia hanya boleh
dikuatkuasakan di Malaysia sahaja. Untuk mendapatkan perlindungan di
negara-negara lain, permohonan secara berasingan perlu dibuat.
Sejak kebelakangan ini, kerajaan
semakin menggalakkan pendaftaran dan perlindungan harta intelek terutama paten
daripada perekacipta tempatan. Bagi institusi-institusi pengajian tinggi awam,
terdapat bajet khas untuk pemfailan paten untuk hasil rekacipta oleh
penyelidik-penyelidik. Namun untuk perekacipta perseorangan dan industri kecil
dan sederhana (IKS) tempatan, mereka perlu menggunakan peruntukan sendiri.
Kos Pemfailan Paten
Berapakah kos pemfailan paten?
Badan yang bertanggungjawab dalam pendaftaran harta intelek di Malaysia iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hanya mengenakan yuran permohonan sebanyak RM290 (Borang 1) untuk
pemfailan paten. Jika pemilik paten bukannya perekacipta, tambahan RM80
diperlukan untuk Borang 22. Bagi pemohon yang menggunakan khidmat ejen paten,
Borang 17 dan yuran RM80 dikenakan.
Salah satu keperluan permohonan paten yang perlu disediakan oleh pemohon ialah spesifikasi paten untuk rekacipta yang dihasilkan. Teknik dan kepakaran khusus diperlukan dalam penyediaan spesifikasi paten kerana ianya akan menentukan tahap perlindungan untuk rekacipta tersebut.
Bagi pemohon yang tiada kemahiran dalam pendrafan spesifikasi paten, khidmat pendraf professional boleh digunakan. Selalunya pendraf paten di Malaysia ialah ejen paten. Ejen paten di Malaysia
rata-rata mengenakan kos sekurang-kurangnya RM7000 untuk pendrafan spesifikasi paten.
Jika termasuk dengan kos-kos perkhidmatan sampingan yang lain, jumlah keseluruhan kos boleh mencecah RM10000 atau lebih.
Pendrafan Paten
Pemohon paten tempatan boleh
memfailkan terus permohonan tanpa perlu menggunakan khidmat ejen paten. Ini dapat mengurangkan kos keseluruhan pemfailan paten untuk sesuatu rekacipta. Masalah utama
yang dihadapi oleh perekacipta perseorangan dan IKS tempatan ialah tiadanya kemahiran untuk mendraf spesifikasi paten. Kos yang tinggi yang dikenakan oleh ejen paten
untuk pendrafan paten agak munasabah kerana ianya bukan satu tugas yang
mudah dilakukan tanpa pengetahuan dalam bidang undang-undang khususnya Akta Paten 1983.
Untuk membantu perekacipta
perseorangan dan SME tempatan, kami di Dunia IP menawarkan khidmat pendrafan
paten yang dihasilkan oleh pendraf professional yang mempunyai kelayakan Master
of Intellectual Property. Kumpulan kami juga mempunyai beberapa penasihat-penasihat teknologi dari
pelbagai bidang kejuruteraan, kimia, komputer dan lain-lain yang juga terlibat dalam penghasilan
pendrafan paten. Terdapat juga penasihat-penasihat teknologi yang merupakan
bekas pegawai pemeriksa paten di MyIPO yang arif tentang selok-belok spefikasi
paten dan proses permohonan.
Kos pendrafan adalah bermula daripada
hanya RM3000, bergantung kepada bidang dan tahap teknologi. Kualiti pendrafan paten
yang ditawarkan adalah setanding jika tidak lebih baik daripada ejen paten dan
sangat berpatutan dengan harga yang ditawarkan.
Borang-borang permohonan untuk
pemfailan di MyIPO juga akan diberikan secara percuma jika diminta oleh
pemohon. Rundingan secara percuma untuk mendapatkan perlindungan yang optimum
untuk paten rekacipta atau harta intelek yang lain juga disediakan (tertakluk kepada syarat-syarat).
Hubungi Kami
Jika berminat untuk mendapatkan
perkhidmatan pendrafan paten atau untuk perlindungan harta intelek yang lain, sila hubungi:
Rodzi Alias
Email : dunia.ip2u@gmail.com
Perkhidmatan-perkhidmatan lain :
Carian paten (Patent Novelty Search)
Jawapan balas kepada surat bantahan pemeriksaan paten (Reply to Substantive Examination Report)
No comments:
Post a Comment